Radio Amatur - HAM


Radio amatuer merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.


Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.


Untuk semua

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.

Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.

Cara beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah menubuhkan komunikasi kecemasan di Bukit Antarabangsa, Ampang untuk membantu dalam memberi liputan dan juga bantuan dari segi komunikasi kepada pihak berkuasa yang menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh.

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.


Di Terengganu baru-baru ini Nov 2014 ada kejadian  seorang pelajar  hilang di Hutan Lipur Sekayu, setelah menyertai dalam satu pertandingan. Dalam Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak Berkuasa serta bantuan dari Kelab Pemancar Terengganu yang datang membantu sebagai alat perhubungan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak yang berwajib memandangkan kawasan pencarian adalah kawasan hutan dan bercerun maka alat perhubungan selain radio amatur tiada liputan.Tahniah kepada Pemancar Terengganu yang bertungkus lumus turut serta membantu.

Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA,PEMANCAR dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).


Undang-undang

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 atau Nine-Mike-Two. Callsign tersebut adalah unik bagi setiap pemegangnya dan digunapakai untuk berhubung ke seluruh dunia.

Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.

Di Malaysia, perkhidmatan radio amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran.

Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur sebagaimana MCMC untuk Malaysia. Badan ini diikhtiraf oleh ITU International Telecommunication Union iaitu badan yang menyelia dan memantau aktiviti berkenaan telekomunikasi pada peringkat antarabangsa. Peruntukan callsign untuk sesuatu negara adalah dibuat di peringkat ITU. Badan khas yang memantau operasi radio amatur di peringkat ITU adalah IARU International Amateur Radio Union. Setiap negara mempunyai hanya satu persatuan radio amatur yang diikhtiraf oleh IARU. Untuk Malaysia, persatuan yang diikhtiraf oleh IARU adalah MARTS. Walaupun begitu, persatuan-persatuan lain yang berasaskan lokaliti (negeri, daerah, institusi dan sebagainya) atau kumpulan minat (pacuan 4 roda, khidmat kecemasan, pengembaraan dan sebagainya) bebas ditubuhkan dan beroperasi di Malaysia.

Cara-cara QSO



Cara-cara nak QSO di jaluran bagi rakan yg baru .........meh la belajar kay

Mula-mula on radio.
Kemudian monitor dulu atau dengar rakan-rakan QSO topik ape yang dibincangkan.
Sekiranya anda ingin join, tekan PTT setelah rakan tadi habis bercakap atau selepas dia beri pass mic pd rakan seterusnya.
Contohnya :
” Silakan Nine Wiskey Two Lima Lima (9W2LL) to transmit disamping Group disini Nine Wiskey Two Papa Papa (9W2PP) standing by over”.

Anda pun terus tekan PTT 2 saat dan sebut : “Kontek” atau “Kontek Nine Wiskey Two Mike Mike (sebut callsign anda) spt 9W2MM join / standing by”.

Tunggu sehingga rakan tadi beri laluan pd kita untuk masuk jaluran.

Contohnya :
Rakan : ”Kedengaran satu kontek tadi. Silakan rakan kontek sekiranya ada membawa sebarang info, Nine Wiskey Two Lima Lima(9W2LL) standing by over”.

Setelah dia passing pada kita, kita pun mulalah QSO.

Contohnya :
Tekan PTT 2 saat dan bercakap: ”Terima kasih rakan. Nine Wiskey Two Lima Lima (9W2LL) disamping rakan2 monitor, disini Nine Wiskey Two Mike Mike (9W2MM) kembali”.

Ceritalah serba sedikit tentang diri anda nama, base station, berape watt memancar, dgn pesawat ape, lokasi terkini anda (QTH) dan ape ape
yg patut. Beritahulah yang anda ni baru first time masuk jaluran dan minta tunjuk ajar mana yg tak tahu daripada otai-otai.

Sekiranya nak passing pada rakan tadi :

”Silakan sahabatku Nine Wiskey Two Lima Lima (9W2LL) untuk di putar2kan di sini Nine Wiskey Two Mike Mike (9W2MM) standing by overr”.

Sekiranya nak keluar jaluran (QRT) :

Contohnya :
”Terima kasih rakan atas QSO hari ni, kita pun dah sampai lokasi dan nak QRT. Nine Wiskey Two Lima Lima (9W2LL) disini Nine Wiskey Two Mike Mike (9W2MM) going QRT. 73 Cerio jumpa dan jumpa lagi”.

P/S : Kena hafal Phonetics code.

Selamat mencuba dan Selamat QSO .

Phonetics code:

A - Alpha
B – Bravo
C – Charlie
D – Delta
E – Echo
F – Foxtrot
G – Golf
H – Hotel
I – India
J – Juliet
K – Kilo
L – Lima
M – Mike
N – November
O – Oscar
P – Papa
Q – Quebec
R – Romeo
S – Sierra
T – Tanggo
U – Uniform
V – Victor
W – Whiskey
X – X ray
Y – Yankee
Z – Zulu

Q Codes:

QRL - Frequency in use / busy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static / electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - That's all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSB - Fading
QSL - Confirmation of info / QSL Card
QSO - Contact between station
QSY - Change frequency
QTH - Location
QTHR - Address per Call book

RAE Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PEMANCAR

Frekuensi:  147.800 Mhz
Shift: -0.600Mhz
Tone: 123.0 Hz



RAE

Panduan pertama(RAE)

Salam, seperti yang dijanjikan sebelum memulakan kata seterusnya ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menduduki peperiksaan radio amatur (RAE).

Topik yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut:

    (i) teori asas elektrik, elektronik dan radiokomunikasi ;(ii) teori dan pengendalian apa-apa kelengkapan radio amatur termasuklah sistem antena, talian pemancar, transistor, penguat dan modulasi frekuensi dan teknik-teknik jalur sisi tunggal ; (iii) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang terpakai bagi penubuhan dan pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur ; dan (iv) Peraturan-Peraturan Radio Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa yang terpakai bagi pengendalian stesen yang melaksanakan perkhidmatan eksperimen amatur dan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pengendalian stesen secara am.


Panduan kedua (RAE)

Peperiksaan radio amatur bukanlah untuk menyusahkan anda, sebenaryna ia mengajak saudara untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang akan timbul setelah anda menceburi dalam bidang radio amatur.Ingatlah pada ungkapan amatur bermaksud baru atau perintis tapi pada hakikatnya amalan dan gerak kerja yang dilakukan oleh pengamal radio amatur boleh di katogerikan sebagai suatu gerak kerja yang profesional.

Satu kes kehilangan kakitangan ukur di Brincang Gua Musang, Kelantan beberapa tahun lepas, badan-badan yang terlibat dalam gerakan mencari tak mampu untuk berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan frekuensi radio kerana kawasan bergunung ganang. Mujurlah ada rakan ham yang terlibat dalam operasi ini dan di bina repeater bergerak maka dapatlah berkomunikasi diantara anggota yang terlibat dalam operasi tersebut. Pada hemat saya teknik yang dilakukan oleh rakan kita itu adalah tindakan yang profesional bukannya amatur. Apa boleh buat amatur adalah nama bagi kegiatan rakan ham dan ianya bukan menggambarkan setiusi sebenar kegiatan yang dilakukan oleh rakan ham, apa kata kita sebut saja radio ham, elok juga rasanya.

Salah satu yang anda akan bertemu ialah kebocoran frekuensi semasa anda QSO. Apabila berlaku sedemikan ianya akan menggangu chanel lain, dengan ini anda memerlukan asas elektrik dan elektronik untuk
menyelesaikannya.

Saya mengingatkan diri saya dan juga anda jangan sekali-kali menggangu frekuensi atau dengan kata lain menekan ptt semasa rakan sedang QSO. Ini adalah perilaku yang tidak beretika. Pada hemat saya mungkin audio yang didengar itu tidak secucuk dengan naluri kita, kita monitor lama-lama akan menjadi boring dengan
ini tercetus idea yang tak baik iaitu untuk menggangunya. Nasihat saya sekiranya setuasi begini berlaku
ada baiknya anda berpindah ke chanel lain atau tutup radio anda.

Ingatlah saudara bahawa denda yang menanti adalah sebanyak RM300,000.00 sekiranya didapati bersalah
menggangu frekuensi. Ada baiknya wang sebanyak itu dihadiahkan kepada persatuan radio amatur untuk
mendirikan repeater bagi kegunaan ramai. Satu repeater homebrew lebih kurang RM2000.00 kiralah
berapa unit repeater yang dapat didirikan dengan wang sejumlah itu.

Mungkin anda berpendapat MCMC tak dapat kesan gangguan yang anda lakukan itu. Sebenaryna pendapat anda salah, setiap kegiatan pengamal radio amatur adalah dikawal selia oleh MCMC. Ingatlah badan pemantau itu mempunyai peralatan terkini dan jika perlu mereka boleh kesan di mana gangguan sedang berlaku.

Satu perkara lagi ialah paging, walau pun dalam peraturan dibolehkan melakukannya semasa rakan
sedang QSO kadang kala paging boleh menganggu topik QSO rakan-rakan. Sekiranya anda tiada apa-apa kecemasan atau perkara yang sangant penting cuba elakkan dari berbuat demikian.Perbuatan tersebut lebih kurang sama dengan rangkap yang berbunyi 'bercerai dibolehkan dalam islam tapi perbuatan ini sangat di benci disisi Allah'. Maaf ini adalah sekadar pendapat peribadi saya sahaja, sekiranya anda tidak bersetuju sila abaikannya.

Maafkan saya sekiranya artikal ini menjadi celoteh buat anda. Dalam sepanjang saya bergiat dalam radio
amatur perkara-perkara tersebutlah yang sering berlaku dan menghantui rakan-rakan ham masa kini.

Panduan ketiga (RAE)

Saya bukan ahli sastera sekiranya bahasa yang saya gunakan sukar difahami
harap dimaafkan. Setiap tajuk atau istilah saya akan sertakan dengan contoh
soalan RAE yang telah lepas. Saya bukan hendak menunjuk pandai tapi sekadar
mengulang kaji apa yang saya pelajari sebelum ini, kata pepatah memenafaatkan
ilmu yang dipelajari sebelum ini semuga ianya tidak menjadi sia-sia. Sekiranya terdapat
apa-apa kelemahan silalah bantu saya. Terima kasih.

Elektrik:

Pengalir: Suatu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

Bahan pengalir terbaik mengikut susunan adalah seperti berikut:
1. Emas
2. Perak
3. Tembaga
4. Aluminium

Contoh soalan yang mungkin di tanya adalah seperti berikut.

1. Tiga pengalir elektrik yang baik adalah:

a) Tembaga, Emas dan Mika
b) Emas, Perak dan Kayu
c) Emas, Tembaga dan Aluminium
d) Tembaga, Aluminium dan Kertas

Cuba bandingkan jenis logam yang saya sebutkan di atas yang mana kualitinya
mengikut susunan. No 1 adalah terbaik dan no 4 adalah kurang baik.Jawapan adalah
c).

Penebat: Suatu bahan yang tidak membenarkan arus eletrik mengalir melaluinya
Bahan penebat adalah seperti kayu, kaca, kertas atau dengan kata lain bahan
yang bukan berunsur logam.

Arus: Adalah suatu pergerakan atau aliran elektron di dalam satu bahan pengalir.
Ukurannya adalah dalam Ampere.

Contoh soalan berkaitan dengan arus.

2. Apakah nama aliran bagi elektron di dalam
suatu litar elektrik?

a) Voltan
b) Rintangan
c) Kemuatan
d) Arus
Jawapan soalan ditas adalah d)

Kiraan berkaitan dengan arus;


3. Arus sebanyak 0.5 Ampere mengalir melalui
suatu rintangan bila votan 6 Volt dikenakan.
Untuk mengubah arusnya kepada 0.25 Ampere,
anda haruslah:

a) meningkatkan bekalan ke 12 Volt
b) menurunkan bekalan ke 3 Volt
c) menyambungkan satu perintang 12S1 secara
selari dengan rintangan sediada
d) menyambungkan satu perintang 6d2 secara
selari dengan rintangan sediada

Soalan diatas berdasarkan logik sahaja dan tidak perlu membuat kiraan menggunakan
hukum ohm.
Disini saya menggunakan matematik rengkas.
0.5 amp = 6 volt.
oleh itu 0.25 = 0.5 / 0.25 x 6
= 3
jadi jawabnya 3 volt. Jawapan bagi soalan diatas adalah b)

4. Arus yang mengalir dalam suatu litar ialah 10
mA. Berapakah Watt kuasa yang dilesapkan oleh
rintangan litar 100 kilo Ohm?

a) 1 Watt
b) 10 Watt
c) 1, 000 Watt
d) 10,000 Watt

Sila ambil perhatian, formula watt adalah seperti berikut

Watt= IxIxR

I=Arus
R=Rintangan

Simbol yang perlu anda ingat.
GIGA (G) = 1.000.000.000
MEGA (M) = 1.000.000
KILO (k) = 1.000
MILLI (m) = 0.001
MIKRO (ยต) = 0.000.001
NANO (n) = 0.000.000.001
PIKO (p) = 0.000.000.000.001

Cara penyelesaian

Arus= 10mA
Kena tukar ke Amp = 10/1000 = 0.01amp
Rintangan=100 kilo ohm
1000 ohm = 1 kilo
Kena tukar ke ohm 100x1000=100,000 ohm.

Untuk mendapatkan watt gunakan formula diatas

0.01x0.01x100,000 = 10
Dengan ini jawabnya 10 watt dan b)

Soalan tambahan dari saya. Mungkin soalan berbunyi begini:
-Apakah unit yang digunakan untuk mengukur suatu pengaliran arus di dalam satu bahan pengalir.
a) Ampere
b) Volt
c) Ohm
d) Handry

Sila rujuk kepada penerangan di atas untuk mendapatkan jawapannya. Sekiranya tak boleh silalah hubungi saya.

Panduan keempat (RAE)

Pendekatan yang saya gunakan adalah secara ringkasan sahaja. Kalau hendak di ceritakan
secara ditel rasanya tak dapat dihabiskan topik yang ditetapkan kerana masa yang ada
hanya lah dua bulan sahaja dengan tarikh peperiksaan. Untuk maklumat
tambahan anda di galakkan membuat rujukan pada buku yang berkaitan dengan
topik yang dibincangkan.

EMF (ELECTROMOTIVE FORCE)
EMF adalah suatu tenaga yang mempunyai cas negative dan cas positif untuk
menggerakkam letron supaya arus letrik dapat mengalir.

BEZA UPAYA (POTENTIAL DIFFERENCE)
Pergerakan letron dari tekanan tinggi ke tekanan randah.

Tenaga yang digunakan untuk menggerakkan letron (EMF) di ukur menggunakan
meter volt dan dibaca dalam unit VOLT.

Contoh soalan adalah seperti berikut:

1. "Potentiometer" adalah merupakan:
a) Meter Volt
b) Perintang boleh ubah
c) Meter pelbagai
d) Meter berkemuatan

Apakah jawapannya? Tentulah b)

Panduan kelima (RAE)

Radiokomunikasi

Setiap keterangan atau tajuk disusuli dengan contoh soalan, sekiranya
ulasan yang saya berikan itu sukar difahami silalah tulis komen anda
dalam ruangan "comments" yang terletak diatas tandatangan saya.
Respon anda adalah dialu-alukan, sekian terima kasih. 73

Callsign bagi negara Malaysia adalah seperti berikut:

Sem Malaysia - KELAS A - 9M2
Sem Malaysia - KELAS B - 9W2
Sabah - KELAS A - 9M6
Sabah - KELAS B - 9W6
Sarawak - KELAS A - 9M8
Sarawak - KELAS B - 9W8

Contoh soalan seperti berikut.
1. Awalan "callsign" bagi penruntukan radas
stesen amatur Kelas A yang menetap di
Sarawak ialah:
a) 9M8
b) 9M7
c) 9M6
d) 9M2


Yuran tahunan
KELAS A RM36.00
KELAS B RM24.00
PANCAR ULANG RM60.00
Yuran pendaftaran sebanyak RM60.00 dikenakan bagi setiap lesen.

Contoh soalan seperti berikut.
2.Berdasarkan kepada peraturan-peraturan Komunikasi
dan Multimedia (Spektrum)
2000. berapakah jumlah
yuran tahunan bagi
 Stesen Pengulang Radio Amatur?
a) RM 60.00
b) RM 24.00
c) RM 30.00
d) RM 120.00

MENGENAI RADIO AMATUR
AKTA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA (SPECTRUM)
PERATURAN 2000:
PERKHIDMATAN RADIO KOMUNIKASI
(TERMASUK TERRESTRIAL & SATELITE)
DIMANA KEGUNAAN STESYEN ADALAH UNTUK
TUJUAN LATIHAN SENDIRI, BERKOMUNIKASI &
UJIKAJI TEKNIKAL YG DIJALANKAN DGN
KEBENARAN & INGIN MENDALAMI TEKNIK
RADIO ATAS USAHA PERIBADI & TIADA PUNYAI
NIAT NIAT YG LAIN.
Petikan dari ASTRA

Contoh soalan seperti berikut.

3. Apakah definisi bagi Perkhidmatan Radio
Amatur?
a) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh individu selain dari pemberi
perkhidmatan telekomunikasi
b) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh orang yang bukan
professional
c) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang
dijalankan oleh juruteknik bagi maksud
latihan diri sebagai pengumum radio
d) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi bagi
maksud latihan diri, interkomunikasi dan
penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh
amatur


Untuk mengendalikan stesyen radio amatur.
-Memiliki lesen peruntukan radas (Apparatus assignment)
yangsah.
-Dikeluarkan oleh SKMM. Suatu badan yang bertanggung
jawab keatas sistem komunikasi.

Contoh soalan seperti berikut.
4. Di Malaysia, sebuah stesen radio amatur
adalah sesuatu yang:
a) dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk
dikendalikan dalam jalur frekuensi amatur
b) dimiliki dan dikendalikan oleh seseorang
yang tidak melibatkan; diri secara
professional dalarri bidang
radiokomunikasi
c) digunakan secara eksklusif bagi
menyediakan perhubungan dua hala
sehubungan dengan aktiviti-aktiviti
pertubuhan-pertubuhan bersukan amatur
d) digunakan sebagai keutamaan bagi
perhubungan kecemasan ketika banjir,
gempa bumi dan bencana yang
seumpamanya

PROSEDUR PEMASANGAN
Setelah memiliki lesen yang sah anda boleh
memiliki peralatan seperti berikut, dengan syarat
hanya satu sahaja boleh beroperasi dalam satu satu masa.
-STESYEN DIPENGKALAN (BASE)
-STESYEN MOBIL: OPERASI DALAM
KENDERAAN.
-MUDAH ALIH (PORTABLE) - OPERASI
-SELAIN DARI ALAMAT DLM LESEN.
-STESYEN BUMI - SATELIT RADIO

Contoh soalan seperti berikut.
5. Sebelum mengendalikan stesyen radio
amatur di dalam kenderaan, anda mestilah:
a) memberitahu Jabatan Pengangkutan Jalan
nombor pendaftaran kenderaan anda yang
telah dipasang dengan kelengkapan radio
amatur
b) memberitahu suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia tentang hasrat anda
itu
c) memiliki penruntukan radas stesen amatur
yang sah
d) memperoleh permit dan "callsign"
tambahan

Untuk sesi ini dan seterusnya jawapan bagi setiap soalan
tulisannya ditebalkan.

Panduan ke enam (RAE)

Radiokomunikasi (Sambungan)

SIJIL PENGENDALI RADIO AMATUR
(AROC)
MEMBUKTIKAN MEMPUNYAIM PENGALAMAN
YANG BAIK DALAM BIDANG & OPERASI STESYEN
RADIO DGN BETUL & BERTANGGUNG JAWAB
DIBAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG.

Petikan dari ASTRA

1. Tanggungjawab anda sebagai pemegang
lesen radio amatur adalah anda mestilah:
a) membenarkan lain-lain pengendali radio
untuk mengendalikan stesen anda atas
permintaan
b) hadir apabila stesyen dikendalikan
c) bertanggungjawab bagi pengendalian stesyen
yang betul menurut Peraturan-peraturan
Radiokomunikasi
d) memberitahu Kementerian Tenaga, Air den
Komunikasi sekiranya terdapat lain-lain
amatur yang bertindak sebagai pengendali
stesyen anda



RUJUKAN CALLSIGN MENGIKUT NEGERI
DI MALAYSIA YANG DI UNTUKKAN OLEH ITU.
-SEM.MALAYSIA - KELAS A - 9M2
-SEM.MALAYSIA - KELAS B - 9W2
-SABAH - KELAS A - 9M6
-SABAH - KELAS B - 9W6
-SARAWAK - KELAS A - 9M8
-SARAWAK - KELAS B - 9W8
Dari data di atas dapatlah kita menbuat rumusan bahawa
9WAA ke 9WZZ dan 9MAA ke 9MZZ adalah di untukkan
kepada negara Malaysia.

Contoh soalan adalan seperti berikut:
2. Awalan "callsign" antarabangsa yang
diperuntukan untuk Malaysia bagi semua
stesyen yang terdedah kepada hubungan
umum antarabangsa dan lain-lain stesyen yang
berkemampuan menyebabkan gangguan
memudaratkan yang melampaui I, sempadan
Malaysia oleh Kesatuan Telekomunikasi
Antarabangsa (lTU) ialah:
a) 9WAA hingga 9WZZ
b) 9MAA hingga 9MZZ
c) 9M0 hingga 9M9
d) pilihan (a) dan (b) di atas



PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN SEMASA MENGENDALIKAN
RADIO AMATUR
-Tidak boleh digunakan bagi tujuan komersal.
-Membuat penghebahan atau siaran umum.
-Menyiarkan lagu.
-Politik, ugama dan perkara-perkara luncah
-Menyinggung perasaan rakan ham yang lain


Contoh soalan seperti berikut:
3. Pengendali radio amatur boleh melakukan
aktiviti-aktiviti berikut dengan radionya
kecuali:
a) berhubung ke seluruh pelusuk dunia
b) berhubung dengan angkasawan ketika
beredar mengelilingi bumi
c) menyediakan perkhidmatan penyiaran
kepada orang awam
d) memberi bantuan ketika kecemasan dan
bencana alam dengan menyediakan
perhubungan bilamana perkhidmatan
perhubungan biasa gagal atau tidak dapat
digunakan



PERKARA YANG DIBENARKAN
-Berkomunikasi Dengan Radio HF Seluruh Dunia.
-Berkomunikasi Mengunakan Radio VHF/UHF.
-Memberi Khidmat Komunikasi Ketika Bencana.
-Pembuatan Radio, Pancaran, Penerimaan &
Antena.
-Berkomunikasi di Orbit Satelit Tanpa Kos.
-Kajian: ATV, Slow Scan TV & Hantaran Gambar
Mengunakan Faksimili,

Petikan dari ASTRA

Berdasarkan fakta diatas komunikasi yang boleh
dilakukan hanya sesama rakan amatur.

Contoh soalan adalah seperti berikut:
4. Stesyen radio amatur hanya boleh digunakan
untuk berhubung dengan:
a) lain-lain , stesyen radio rangkaian persendirian
b) lain-lain stesyen penyiaran
c) lain-lain stesyen radio amatur
d) sebuah stesyen radio haram



STESYEN DIPENGKALAN (BASE)
Bermaksud radas yang dipasang dan digunakan pada alamat
yang tercatat di dalam lesen yang dikeluarkan oleh SKMM

Contoh soalan adalah seperti berikut:
5. Stesyen radio amatur yang dikendalikan dari
tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam
penruntukan radas stesyen amaturnya dipanggil:
a) Stesyen radio amatur terkhusus
b) Stesyen pangkalan
c) Stesyen bergerak
d) Stesyen mudahalih



UNTUK MENGENDALI RADIO AMATUR
-Mestilah memiliki lesen peruntukan radas (Apparatus Assigment)
-Dikeluarkan dan dikawal selia oleh SKMM

Contoh soalan adalah seperti berikut:
6. Pentadbiran bagi perkhidmatan radio
amatur di Malaysia dikendalikan oleh:
a) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
b) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia
c) Pesatuan Radio Amatur Antarabangsa
d) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Kelab Radio Amature & Rekreasi Terengganu


 Mencari callsign @ SKMM   








KELAB RADIO AMATURE & REKREASI TERENGGANU

KOD ETIKA RADIO AMATUR


  • BERTIMBANG RASA : Tidak pernah sengaja beroperasi dalam apa-apa cara untuk mengurangkan keseronokan orang lain.
  • SETIA : Memberi kesetiaan , galakanndan sokongan kepada rakan, kelab-kelab tempatan dan kelab yang mewakili di peringkat kebangsaan.
  • PROGRESIF : Dengan pengetahuan perkembangan sains, stesen yang kemas dan cekap dan pengendalian yang mengagumkan.
  • MESRA : Perlahan dan sabar dalam beroperasi apabila diminta , nasihat dan bimbingan untuk rakan baru, bantuan yang mesra kerjasama dan pertimbangan untuk kepentingan orang lain, ini adalah mercu tanda semangat amatur.
  • SEIMBANG : Radio adalah hobi di masa lapang, jangan di campur adukkan dengankewajipan tanggung jawab terhadap keluarga, pekerjaan, sekolah atau masyarakar.
  • NEGARAWAN : Stesen dan kemahiran sentiasa sedia memberi perkhidmatan dan masyarakat.


The Kod Amature yang asal telah ditulis oleh Paul M.Segal, W9EEA pada tahun 1928.